Tuesday 17 May 2011

TEKNIK HAFAZAN SECARA INTERAKTIF

Assalamualaikum...

Ingin jadikan anak anda seorang Al-hafiz dan Al-hafizah pada usia yang muda? didiklah dan bimbinglah anak anda sejak dari kecil se awal 4-5 tahun..atau mungkin awal dari itu... kami mempunyai teknik hafazan secara interaktif dan menarik untuk menjadikan anak anda berminat dan fokus terhadap hafalan Al-quran..Anak adalah permata anda...permata ummah!!

Mengandungi 3 CD
Harga : RM50 (tidak termasuk postage)

TEKNIK HAFAZAN SECARA INTERAKTIF ini adalah merupakan satu perisian komputer yg dibuat khas utk membantu anak-anak anda menghafaz surah-surah lazim sebagai persediaan awal utk menghafaz surah-surah Al-Quran yang lebih panjang...


Perisian ini merupakan perisian bersiri. Perisian seperti yg anda lihat di atas merupakan siri pertama yang mengandungi 3 cd yg terdiri daripada aras1 sehingga aras 3. (setiap cd mewakili 1aras).

Aras 1 mengandungi 8 surah bermula dengan Surah Al-fatihah di iikuti aras 2 dan aras 3 yg berakhir dengan Surah Ad-Dhuha.

Apabila anda telah install perisian ini, anda akan dpt lihat paparan yg menarik utk anak2 lihat. Akan ada paparan surah2 yg disebutkan di mana anak anda boleh membacanya mengikut ayat dan anak anda juga boleh mendengar suara bacaan/audio dari ustaz yg kami telah pilih. Anak anda boleh mendengar berulang kali dengan hanya klik pada ulangan bacaan. 

Anak anda dapat mendengar bacaan sambil mengikut bacaan dengan melihat pada paparan ayat sehingga anak anda menghafalnya. Apabila anak anda sudah hafal, anda boleh merakam suara bacaan anak anda utk menyemak/tasmi' bacaan anak anda. Aktiviti ni boleh dilakukan berulang kali sehingga anak anda hafal dan lancar dengan sebutan yg betul.

Macam mana? berminat? hehe... tidak inginkah anda melihat anak anda jadi seperti adik Muhammad Ahmad Zahid (bukan saya..walaupun name hampir same..hehe) yg menghafaz Al-Quran pada umur 10 tahun? saya kongsikan link artikel mengenai beliau dlm akhbar KOSMO!;) http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Erti_Hidup&pg=er_01.htm dan Utusan Malaysia http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0907&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm .


Akhir kalam..moga kita dapat lahirkan permata-permata ummah yg dapt memberi jasa kpd agama, bangsa dan negara yang dapat mendoakan kita apabila kita sudah tiada nanti sebagaimana sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:

"Apabila mati seorang anak Adam, putuslah amalnya melainkan tiga perkara, yaitu : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anaknya yang soleh yang mendoa'akan kedua orang tuanya." (Hadith Riwayat Musilm).

Satu lagi, lupa plak..hehe..kpd customer kami yg membeli perisian ni, kami akan berikan update percuma yg merupakan tambahan surah2 yg seterusnya (spt surah Al-A'la dll). Cuma perlu berikan email address anda kpd kami, kami akan sendkan data update kpd anda beserta cara2 utk mengupdatenya.. Sekian, moga bermanfaat...
Wassalam...;)

1 comment:

  1. Assalamualaikum...
    Alhamdulillah CD Perisian ini dah sampai ke Bunyi Kenyalang, Sarawak, dibeli oleh customer yg dikenali sebagai Cik Shamsiah. Sebaik sahaja terima CD ini, belaiu terus pasang untuk ditunjukkan kepada anak-anak yatim jagaan beliau.. Beliau pun terus memberi komen kepada kami seperti ini "Sangat2 berpuas hati, anak2 dah tunggu dalam bilik saya, datang je tadi, terus pasang cd..anak-anak kata,"bestnya,macam main game je"... Alhamdulillah..memang tujuan CD ini untuk menarik minat anak2 utk membaca dan menghafaz ayat2 Allah..TQ cik Shamsiah..moga anda dan anak2 mendapat manfaat...Wallahua;lam..

    ReplyDelete